Dunia Kristian tersebar ke Britain sekitar tahun 200 Masihi iaitu selepas hampir kejatuhan kerajaan Rom di Itali. Pada tahun 306, Constantius 1 iaitu Raja Rom Barat telah meninggal dunia dan anaknya telah menggabungkan empayar Rome Barat kepada Britain. Di sini permulaan rentak perkembangan Kristian di Britain serta permulaan berlakunya pendominasian Gereja TERHADAP PELADANG-PELADANG PERIBUMI BERBANGSA British.
Sebenarnya perkembangan gerakan ‘arianisme’ iaitu gerakan yang cenderung kepada golongan aryan di Eropah telah memasukkan unsur trimurthi ke dalam ajaran nasrani sehingga triniti digunapakai oleh para Bishop untuk menjelaskan hakikat ketuhanan mereka. Perdebatan rasional telah berlaku dengan rancaknya apabila muncul golongan ‘pencerah’ ke dalam dunia Kristian di mana perbahasan yang orthodoks dan anti-logik telah ditentang oleh tokoh-tokoh ini.
Peningkatan keintelektualan adalah suatu lumrah dan adat dunia. Kebangkitan ini didorong oleh penindasan yang berlaku, tersebarnya dogma-dogma yang mencengkam kebebasan berfikir serta penegahan rakyat daripada mencari kehendak hati. Perkara yang sama berlaku apabila Thales, Pluto dan Socrates dahulu yang pernah diancam serta dihukum gara-gara pemikiran mereka yang cuba membebaskana rakyat daripada terbelenggu dengan cengkaman dogma para raja dan ahli sihir. Kelahiran ahli falsafah iaitu golongan philio-sofia (sukakan kebenaran dan hakikat sesuatu perkara) telah menjadi suatu dielektik semulajadi manusia dalam sesebuah masyarakat.
Pada era abad ke-12 dan 13, gerakan-gerakan universiti telah berlaku. Karya-karya Islam yang dikaut kembali demi mendapat semula hak mereka (karya Yunani) ditransaksikan secara meluias melalui dunia Sepanyol, Iran, Turki dan sebagainya apabila beberapa siri kebangkitan intelektrualan berlaku di dunia eropah. Gerakan ini dikenali sebagai gerakan skolasticisme iaitu gerakan kesarjanaan. Bezanya transaksi ini ialah, mereka tidak ditaja untuk membawa keilmuan ini ke eropah sepertimana layanan istimewa Khalifah Baghdad terhadap para intelektual dan ulama’ Islam. Malahan ulama’ yang bukan berbangsa Arab juga dilayan sebaik rupa. Pemikir dan intelektual barat lebih berdikari. Mereka mula mendapat tempat meletakkan kehebatan mereka apabila dasar pensawstaan mula digazetkan sejurus selepas kebangkitan dasar perlembagaan baru eropah serta kebangkitan golongan pemodal. Lantaran itulah kebangkitan sains dan teknologi barat tidak dapat dikawal nilai-niolai kemanusiaannya oleh kerajaan.
Thomas Aquinas (1225-1274) adalah tokoh Kristian yang mendorong rakyat eropah agar meneliti kembali karya falsafah Aristiotle agar terkeluar daripada dogma gereja. Dia mengatakan bahaawa akal dan analitikal tidak dapat menggantikan iman dan wahyu tuhan. Dia mengatakan bahawa setiap perkara yang berlaku ada sebab musababnya (ilmu mantik) dan ilmu ini mendekatkan umat Kristian kepada pencipta mereka. Pergeseran Aquinas dengan gereja semakin menyerlah apabila beliau mengasaskan gerakan yang berpedomankan Bible dan bukan berdasarkan hawa nafsa para paderi semata-mata. Pada waktu itu Gereja menjadi penguasa tertinggi sebelum raja-raja eropah. Kejahilan barat tentang ilmu menyebabkan mereka terpengaruh dengan idea-idea mistik daripada para paderi. Pendek kata, para paderi memanipulasikan kejahilan masyarakat dan para bangsawann untuk menjadi dominan. Idea Aquinas kelihatan seperti idea Imam Abu Hassan Al A’syaariy apabila beliau cuba menggabungkan akal dan kekuatan akal dengan paduan wahyu yang tulen. Penentangan terhadapnya meningkat kerana dikatakan terlalu bermudah-mudah menggunakan akal dalam meneliti sesuatu hukum dalam Bible.
Gerakan-gerakan menuju kepada reformasi berlaku pada sekitar abad ke-14 apabila gerakan Nominalisme berlaku. Gerakan ini menentang idea daripada Aquinas yang membawa agenda akal. Nominalisme telah cuba membawa penafsiran agama semata-mata berasaskan iman dan kepercayaan. Ajaran ini juga bermusuhan dengan gereja kerana mereka juga menentang kezaliman paderi-paderi. John Wylif daripada Universiti Oxford membawa ajaran yang lebih meresahkan para paderi yang korup. Beliau mengatakan bahawa gereja yang tulen bukan daripada benda yang kelihatan seperti bangunan gereja. Tetapi gereja adalah bermula daripada manusia-manusia yang membawa Kristian yang sejati. Gereja adalah hati-hati manusia yang ikhlas. Bible disarankan agar dilebihkan daripada mengutamakan para paderi yang korup. Jelasnya pada era ini manipulasi paderi terhadap kejahilan masayarakat telah gagal dan merosot teruk. Pada 1407, bible yang telah beliau terjemahkan ke bahasa Inggeris telah dimusnahkan oleh para raja. Perbuatan itu dikatakan bercanggah dengan semangat Roman.
Jika diteliti kebangkitan kesedaran dan pemugaran sikap dikalangan penganut Kristian ke arah nilai tulen bermula sejurus selepas kejatuhan Baghdad . Teori Imam Asya’ariy dan Maaturidiy serta banyak lagi pendapat teologis Islam telah menempati dalam banyak keputusan keintelektualan barat. Di sinilah bermulanya graf kebangkitan sains dan teknologi barat.
Di Itali, gerakan Humanisme telah merebak kuat serta membawa arus pertama kepada Renaissance yang merupakan suatu gerakan enlightenment (pencerahan) selepas beberapa siri reformasi agama berlaku di Itali. Tulisan Rom kuno dan Yunani didapati melalui hubungan dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Di eropah utara pula gerakan Devotio Moderna mula mentransformasikan budaya barat. Gerakan ini seolah-olah gerakan sufi dalam Islam. Mereka tertarik dengan budaya kerahiban, doa-doa dan ibadah yang tulus.
Pada 1517 Martin Luther membawa aganeda Reformasi di Jerman. Indulgence daripada gereja Jermen serta salahguna kuasa para paderi mendorong kebangkitan ajaran Martin Luther ini.
Secara umumnya difahami gerakan reformasi Kristian adalah merupakan awalan kepada gerakan pencerahan yang lebih signifikan dnegan kebangkitan Itali. Daripada kebangkitan seni dan sastera di Itali telah membawa manusia barat kepada sains dan teknologi yang selaras dengan keperluan zaman. Umumnya difahami bahawa penyelewengan agama serta penafsiran yang sempit atau terlalu semberono adalah punca kepada kemerosotan sesuatu bangsa. Kebangkitan tyrant (tirani) yang zalim, manipulator dikalangan ulama’(paderi atau rahib) akan lebioh merumitkanlah kebangkitan sesebuah masyarakat. Kristian mengambil kesimpulan kebangkitan Islam dengan metranformasikan agama terlebih dahulu sebelum membawa agenda perubahan. Numun begitu semasa pencerahan berlaku, sekularisasi telah menjadi materi utama yang diselitkan dalam agenda kebangkitan intelek. Di sinilah berbezanya elemen kebangkitan Islam dan Kristian.
Reformasi agama di Britain ditandai dengan pemerintahan Raja Henry VIII. Disebabkan beliau dipaksa mengahwini kakak iparnya yang kematian suami, menyebabkan beliau telah memaksa para paderi menuruti kehendaknya menceraikan isterinya. Disini pergelutan kuasa antara paderi dan raja berlaku. Kelihatannya politik telah menjadi tajuk utama berbanding kesucian ajaran dalam Bible. Seumpama semasa era pemerintahan Khalifah Al Ma’mun di Baghdad dahulu. Kekuasaannya menyebabkan baginda menggunakan kuasanya untuk menekan para ulama’ hadis beriman sepertinya yang mengikuti aliran muktazilah. Ajaran yang tidak memberi kesan yang besar telah berubah menjadi senjata pembunuh appabila dipolitikkan secara agresif. Henry yang buntu dengan kejumudan paderi telah mengambil keputusan untuk mendorong gerakan intelek dan reformasi di Britain.
Henry telah membritishkan semua risalah doa dan Bible. Idea Wyclif telah digunakan untuk memudahkan masyarakat memahami Bible. Jelasnya ianya berbeza dengan Islam. Islam menekankan keaslian literasi Al-Quran dan salinan Hadis-Hadis Nabi SAW. Untuk memberi kefahaman kepada rakyat pula, diadakan tafsir, hasyiah, syarah dan mukhtasar kepada kitab utama tersebut dan bukannya dengan menukar bahasa dan tulisan ke bahasa lain seperti ajaran Kristian. Di sinilah bermulanya penyelewengan besar dalam ajaran Kristian berlaku. Akibatnya masyarakat eropah kehilangan nilai Bible mereka. Jika dahulu dalam bahasa Ibrani Dan Roman yang tak difahami langsung tetapi ‘agak’ asli. Kini mereka langsung tiada keaslian dan hilang nilai.
Kesimpulan yang boleh kita perhatikan ialah, Reformasi Kristian telah menghasilkan suatu gerakan dielektika terhadap pengongkongan gereja. Di sini perubahan telah menyebabkan masyarakat mula hilang kepercayaan kepada para paderi. Natijahnya Bible yang disorokkan penafsiran dan keasliannya oleh para paderi mula hilang terus dalam pegangan masyarakat eropah. Manakala sepanjang zaman pencerahan pula, sekular telah menjadi pedoman baru dan membawa rentetan humanisme yang meleret sehingga kini. Apabila paderi dan Bible mula dijadikan amalan ritual atau perlambangan semata-mata, maka bermualalah era ‘berdikari’ dan perlepasan masyarakat eropah daripada rasa bertuhan. Kini tuhan mereka adalah gerakan hak Asasi.!!
Muhammad Nuruddin Bashah
http://munawwarah.blogdrive.com
ads
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment